fbpx
Abdul Hadi.

Pas lucut keahlian tiga ADUN Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Pas membuat ketetapan bahawa keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis sebagai ahli parti itu terhenti berkuat kuasa serta-merta.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang pada hari ini.

“Ketetapan dibuat berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan Pas (Pindaan 2025) bahawa ahli-ahli Badan Perundangan Pas yang berikut adalah terhenti serta-merta keahliannya sebagai ahli Pas.

“Mereka ialah ADUN Chuping, Saad Seman; ADUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji, Mohd. Ridzuan Hashim,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, Pas akan memaklumkan ketetapan itu secara rasmi kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis bagi tujuan memenuhi Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022 serta-merta.

Sebelum ini, timbul spekulasi pertukaran Menteri Besar Perlis apabila lapan ADUN didakwa menghantar akuan bersumpah (SD) kepada pihak istana susulan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ADUN Sanglang berkenaan.

Bagaimanapun, pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang membentuk kerajaan negeri Perlis menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada pimpinan parti masing-masing.

Selain itu, difahamkan beberapa nama turut dihantar oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada pihak istana sebagai calon Menteri Besar baharu, namun setakat ini Pas dilaporkan masih belum mengemukakan senarai calon pengganti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN