fbpx
Letchumi melawat rumahnya yang musnah terbakar di Batu 9, Jalan Labu petang semalam. FOTO NUR SHARIEZA ISMAIL

Selepas hilang anak, rumah pula musnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Disember menjadi bulan kesedihan buat keluarga S. Letchumi Sinnappan, 73, apabila rumahnya antara kediaman setinggan yang musnah terbakar di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kirby, Batu 9, Jalan Labu pagi semalam.

Dalam kejadian itu, lapan daripada sembilan buah rumah setinggan separa papan telah musnah 100 peratus, manakala satu unit lagi terbakar 30 peratus yang melibatkan seramai 51 penghuni kediaman.

Letchumi yang menetap di kawasan itu lebih 40 tahun, berkata, kejadian berlaku terlalu cepat dan mereka tidak sempat menyelamatkan barangan serta dokumen penting.

“Cucu saya, C. Saileshwarran 23, secara tiba-tiba melulu keluar dari tandas dan menjerit selepas terlihat asap tebal dari rumah jiran sebelah kiri, sebelum kami semua menyelamatkan diri.

“Ini pahit untuk keluarga kami, rasa macam hilang segalanya. Sebelum ini saya kehilangan anak perempuan sulung pada Disember 2023, kini rumah kami pula musnah,” katanya ketika ditemui dan menganggarkan kerugian mencecah RM300,000.

Sementara itu, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Yusry Abdullah Sani berkata, daripada siasatan mendapati kebakaran bermula di sebuah rumah di bahagian kiri kawasan setinggan sebelum merebak ke rumah berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN