fbpx
Mohd Shukri pada sidang akhbar di kediaman rasmi MB Perlis di Kangar, hari ini. Foto oleh IZLIZAN OTHMAN

Pengganti saya sepatutnya daripada Pas – MB Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli menyatakan bahawa calon pengganti bagi jawatan itu sepatutnya datang daripada Pas kerana parti tersebut memiliki kerusi majoriti di negeri ini.

“Sepatutnya dari Pas lah sebab Pas majoriti,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai calon MB baharu yang bakal menggantikannya sama ada daripada Pas atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketika ini, Pas mempunyai enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Bersatu lima dan PKR satu.

Ini selepas tiga kerusi DUN Pas iaitu Chuping, Bintong dan Guar Sanji dikosongkan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan bahawa Mohd. Shukri mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar secara sukarela atas faktor kesihatan.

Menurut Mohd. Shukri, beliau telah mempersembahkan surat peletakan jawatan kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail tengah hari tadi.

Beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Tuanku Raja Perlis untuk mempertimbangkan hasrat tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN