JAKARTA – Seorang remaja berumur 18 tahun berdepan detik cemas apabila tersilap meletakkan gam kuat yang disangka ubat titis ke dalam matanya, lapor laman berita Detik.
Perkara itu dikongsikan di platform TikTok oleh akaun @ssintiyaa19 baru-baru ini.
Imej dimuat naik oleh akaun tersebut menunjukkan gam kuat dan ubat titis mata yang kelihatan serupa dari segi bentuk dan warna.
“Saya menggunakan ubat titis mata yang salah, sebaliknya saya meletakkan gam kuat. Saya dimasukkan ke hospital,” tulis hantaran itu.
Menurut pemilik akaun tersebut, dia berasa lega apabila diberitahu doktor bahawa gam yang dititiskan tidak mengenai kornea.
Hantaran itu mencatatkan lebih 9 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Lain kali baca dulu,” kata seorang netizen.
“Nasib baik tidak buta,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














