fbpx
Sebahagian dadah yang dirampas susulan penahanan seorang lelaki di sebuah bilik hotel di Alor Setar, semalam.

Tokan dicekup di bilik hotel sebelum sempat edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah berjaya dicekup bersama pelbagai jenis bahan khayal tersebut dianggarkan bernilai RM135,900 di sebuah hotel di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, bertindak atas maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah, sepasukan polis melakukan serbuan di sebuah bilik hotel.

“Kita berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an dan merampas pelbagai jenis dadah iaitu heroin, syabu dan pil erimin 5,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kata beliau, jumlah dadah dirampas dianggarkan bernilai RM135,900 yang mana ia boleh dibekalkan kepada kira-kira 6,000 penagih.

“Kita turut merampas sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV milik suspek bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Menurutnya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis menthamphetamine dan amphetamine.

“Semakan rekod juga mendapati suspek mempunyai lima rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan lapan rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah,” jelasnya.

Tambahnya, suspek direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN