fbpx
Adzli pada sidang akhbar di IPK Kedah, Alor Setar semalam. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

Polis, guru antara ditahan kes dadah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Polis Kedah merekodkan sebanyak 27,657 tangkapan berkaitan dadah sepanjang tahun ini yang menyaksikan peningkatan sebanyak 13.2 peratus berbanding tahun lepas.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, daripada jumlah tersebut 23,648 orang merupakan Melayu dengan daerah Kuala Muda mencatatkan tangkapan tertinggi iaitu sebanyak 5,194 kes.

“Daripada tangkapan itu majoriti masih bangsa Melayu iaitu 90 peratus. Daripada tangkapan itu juga melibatkan sebanyak 77 kakitangan awam termasuk pegawai, anggota polis serta guru dan sebagainya.
“Saya tidak malu untuk mengucapkan perkara ini kerana kita tidak berkompromi dengan kes seperti ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini semalam.

Beliau menambah, Kontinjen Kedah turut mencatatkan peningkatan rampasan dadah bernilai RM47.1 juta dalam tempoh sama berbanding tahun lepas iaitu sebanyak RM8.8 juta.

“Rampasan ini meningkat sehingga 500 peratus tahun ini dengan rampasan terbanyak ialah bunga ganja iaitu RM15 juta diikuti syabu (RM13 juta) dan heroin base (RM10 juta),” ujarnya.

Menurut beliau, tangkapan itu merupakan kejayaan besar dalam membanteras dadah di Kedah meskipun kekuatan Jabatan Narkotik negeri itu hanya seramai 318 pegawai, iaitu 54 pegawai kanan dan 264 pegawai rendah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN