fbpx
Imej ICJ semasa perbicaraan kes genosid Gaza yang dibawa Afrika Selatan di The Hague pada 24 Mei 2024. - AFP

Belgium sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

THE HAGUE, BELANDA – Belgium semalam menyertai kes dibawa Afrika Selatan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), yang menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza.

Mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berpangkalan di The Hague itu dalam satu kenyataan berkata, Brussels telah memfailkan deklarasi campur tangan.

Bagaimanapun, campur tangan Belgium tidak bermakna ia menyokong sepenuhnya tuduhan Afrika Selatan mahupun mempertahankan Israel. Namun, ia berhasrat untuk menjelaskan tafsirannya terhadap undang-undang antarabangsa dalam konteks kes tersebut.

Beberapa negara termasuk Brazil, Colombia, Ireland, Mexico, Sepanyol dan Turkiye telah pun menyertai kes tersebut.

Pada Disember 2023, Afrika Selatan membawa kes ke ICJ yang mendakwa serangan Israel ke atas Gaza melanggar Konvensyen PBB 1948 mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Pembunuhan Beramai-ramai.

Dalam keputusan pada Januari, Mac dan Mei 2024, ICJ mengarahkan Israel untuk melakukan segala yang mungkin bagi mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, termasuk menyediakan bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan bagi mencegah kebuluran.

Perintah-perintah itu termaktub secara sah tetapi mahkamah tidak mempunyai cara konkrit untuk menguatkuasakannya.

Israel telah mengkritik prosiding tersebut dan menolak tuduhan-tuduhan itu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN