fbpx
Gambar hiasan

SPRM dalam proses bawa pulang aset 1MDB nilai AS$30 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dalam proses membawa pulang aset-aset bernilai tinggi yang berkaitan dengan usaha pemulihan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk tindakan selanjutnya.

Menurut sumber, SPRM ketika ini sedang menilai keperluan logistik serta kos yang terlibat bagi membawa pulang aset-aset tersebut.

“Aset yang berada di bawah jagaan Sotheby’s kini dalam proses untuk dibawa pulang ke Malaysia melalui penghantaran, manakala aset yang berada di bawah jagaan Christie’s hanya boleh diserahkan melalui perintah mahkamah di Amerika Syarikat, khususnya melalui kerjasama dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).
“Kos membawa pulang aset-aset ini adalah tinggi kerana ia memerlukan ruang penyimpanan khas, pemeriksaan berkala, rawatan konservasi serta penyelenggaraan berterusan selain memerlukan koordinasi yang rapi dengan agensi penguatkuasaan asing,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.

Pemulangan aset tersebut telah dipersetujui sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan aset berkaitan 1MDB serta hasil perbincangan dua hala antara SPRM dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan DOJ.

Dianggarkan 12 lukisan milik Jasmine Loo dipegang Christie’s dan Sotheby’s Auction House AS antaranya Pablo Picasso (1961), L’Ecuyere et les clowns; Joan Miró (1953), Composition; William H. Bailey (b. 1930), Still Life; Alexander Calder (1898–1976), Studies for Sculpture; dan Henri Matisse (1869–1954), Femme Assise yang kesemuanya bernilai melebihi AS$30 juta.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi berkata, SPRM masih meneruskan pengesanan dan siasatan ke atas pelbagai kategori aset.

Katanya, ia termasuk hartanah, aset kewangan dan aset bernilai tinggi melibatkan jurisdiction berbeza.

Beliau turut memaklumkan, terbaharu siasatan turut melibatkan individu bernama Casey Tang yang dikaitkan dengan kesalahan 1MDB yang memiliki kediaman mewah di luar negara serta penyelewengan melibatkan firma guaman luar negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI