fbpx
PEARLY dan Thinaah terpaksa akur apabila tewas pada aksi separuh akhir WTF apabila gagal menjinakkan pasangan Jepun.

Pearly-Thinaah sedia gempur 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah enggan kecewa terlalu lama selepas mereka tersingkir di separuh akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2025 di Hangzhou, China.

Sebaliknya, gandingan naib juara dunia itu akan kembali ke tanah air dan mendapatkan rehat secukupnya sebelum kembali memberikan fokus terhadap saingan musim depan dengan aksi sulung pada kejohanan Terbuka Malaysia awal Januari nanti.

Ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak mengakui, anak-anak buahnya itu mendapat pengajaran berguna dalam tempoh dua minggu terakhir, termasuk ketika beraksi pada Sukan SEA Thailand 2025.

“Mereka kecewa tetapi Pearly-Thinaah sudah cuba memberikan segala-galanya pada perlawanan hari ini (kelmarin). Kami juga sudah belajar banyak dalam tempoh dua minggu ini dan sekarang masa untuk pemulihan bagi saingan musim depan.

“Satu tahun yang agak baik untuk mereka tetapi masih banyak kekurangan perlu diperbaiki bagi mengharungi saingan musim depan yang lebih sukar. Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan,” katanya.

Pada aksi separuh akhir di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, China kelmarin, Pearly-Thinaah terpaksa akur gagal melangkah ke pentas final selepas tewas 19-21, 13-21 kepada Mayu Matsumoto-Yuki Fukushima dari Jepun.

Keputusan tersebut turut menyaksikan pemenang pingat emas Sukan SEA 2025 itu gagal untuk menebus kekalahan mereka kepada beregu berkenaan pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A yang berlangsung Jumaat lalu.

Walaupun gagal melangkah ke perlawanan akhir, namun ia merupakan pencapaian terbaik mereka di kejohanan penutup kalendar itu memandangkan mereka tersingkir di peringkat kumpulan pada edisi 2024, 2022 dan 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN