fbpx
Maklumat mengenai nahas di Kilometer 281.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, hari ini.

Nahas lori tangki, tiga kereta punca trafik sesak lebih 10km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Laluan lebuh raya antara Ipoh (S) ke Simpang Pulai mengalami kesesakan lebih 10 kilometer (KM) susulan kemalangan membabitkan sebuah lori tangki dan tiga kereta sekitar pukul 1 tengah hari tadi.

Kemalangan di Kilometer 281.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara itu menyebabkan lori tangki tersebut melintang di tengah lebuh raya dan menghalang laluan di kedua-dua arah.

Plus Malaysia Berhad (Plus) menerusi aplikasi X memaklumkan, kejadian itu mengakibatkan trafik sesak apabila satu lorong arah utara dan dua lorong arah selatan terhalang.
Katanya, laluan arah utara sesak sejauh 10 kilometer (km) manakala arah selatan pula sejauh 5km.

“Setakat pukul 1.30 tengah hari ini, kerja-kerja pengalihan kenderaan sedang dijalankan. Pengguna jalan raya disaran menggunakan laluan alternatif dengan keluar di Plaza Tol Gopeng dan Tapah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN