fbpx
Lokasi mangsa dilaporkan dihanyutkan arus ketika mencari ikan di tali air sawah Kampung Permatang Tepong, Merchong di Pekan semalam.

Kanak-kanak lemas ketika tangkap ikan di tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEKAN – Seorang kanak-kanak lemas selepas dihanyutkan air ketika menangkap ikan di tali air sawah Kampung Permatang Tepong, Merchong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, berdasarkan siasatan mangsa, Muhammad Alif Fahmi Abdullah,12, keluar menangkap ikan bersama ibu dan tiga adiknya di tali air sawah Kampung Permatang Tepung di sini kira-kira pukul 5.30 petang.

“Pada kira-kira pukul 6 petang mangsa bersama ibu dan tiga orang adiknya balik ke rumah sebelum mangsa bersama seorang adiknya berumur sembilan tahun dan dua rakannya pergi semula ke tali air sawah tersebut tanpa diketahui oleh bapa dan ibunya.
“Semasa mencari ikan di tali air tersebut mangsa telah dihanyutkan arus air,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, susulan kejadian rakan mangsa telah meminta tolong daripada orang kampung dan pencarian dibuat di kawasan tali air tersebut.

Katanya, mangsa kemudian ditemukan tidak sedarkan diri di dalam air yang kedalamannya kira-kira dua meter, dengan jarak 20 meter dari tempat kejadian.

“Mangsa dibawa balik ke rumah dan pegawai perubatan Klinik Nenasi telah membuat pemeriksaan dan mengesahkan mangsa meninggal dunia. Pada pukul 9.30 malam, mayat mangsa dihantar ke unit Forensik Hospital Daerah Pekan untuk bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI