PETALING JAYA – “Jangan menyimbah minyak pada api yang sedang marak”
Demikian hantaran Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di laman Facebook hari ini.
Bagaimanapun, beliau yang juga Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri tidak mengulas terperinci maksud hantaran tersebut.
Hantaran beliau kira-kira satu jam lalu itu menerima lebih 4,500 tanda suka dan lebih 2,900 komen setakat ini. – KOSMO! ONLINE














