fbpx
Penempatan haram Yahudi digelar Alon Moreh dirakam di timur bandar Nablus, Tebing Barat yang diduduki pada 13 Disember lalu. - AFP

Israel lulus 19 penempatan haram Yahudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAMALLAH, TEBING BARAT – Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich mengumumkan kelulusan 19 penempatan haram Yahudi baharu di  wilayah Palestin, Tebing Barat, lapor agensi berita DW kelmarin.

Senarai kelulusan tersebut termasuk dua buah kampung di Tebing Barat yang dikosongkan oleh Israel pada tahun 2005.

Kumpulan pemantau  berhaluan kiri Israel, Peace Now berkata, penempatan yang baru diluluskan itu termasuk kawasan yang tidak pernah ‘sentuh’ Israel sebelum ini.

Sebilangan lagi penempatan Yahudi  akan dibina di kawasan Palestin yang padat penduduk serta tapak di mana masyarakat  Palestin telah diusir.

“Kami akan terus membangunkan, membina dan menetap di tanah warisan nenek moyang kami, dengan keyakinan terhadap keadilan jalan kami,” kata Smotrich di platform X.

Menurut Smotrich, Israel sedang menghentikan penubuhan sebuah negara Palestin, dengan mewujudkan penempatan-penempatan Yahudi yang baharu.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), perluasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat itu  telah mencapai tahap tertinggi sejak sekurang-kurangnya 2017.

Peace Now berkata, bilangan penempatan haram yang sering dipanggil ‘formalisasi’ oleh Rejim Zionis, meningkat hampir 50 peratus di bawah kerajaan semasa.

Ia meningkat daripada 141 pada 2022 kepada 210 tahun ini.

“Perkembangan ini mengukuhkan lagi pendudukan haram Israel yang  melanggar undang-undang antarabangsa serta menjejaskan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri,” kata Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN