fbpx
Hannah ketika hadir pada hari pertama menjalankan tugas rasmi di Menara Seri Wilayah, Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

Hannah jamin Kampung tradisi Melayu terus terpelihara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kepentingan kampung tradisi Melayu di Wilayah Persekutuan termasuk Kampung Baru dan Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur akan terus dipelihara.

Itu jaminan diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baharu, Hannah Yeoh bagi memastikan kampung-kampung tradisi itu terus terpelihara.

Menurutnya, pemeliharaan kampung tradisi merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian serius khususnya dalam landskap pembangunan bandar yang semakin pesat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
“Kewujudan kampung tradisi Melayu semakin terhad dan perlu dipelihara secara seimbang tanpa menafikan keperluan pembangunan bandar,” katanya pada sidang akhbar selepas melapor diri hari pertama di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa sebarang langkah melibatkan kampung tradisi perlu dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang serta proses pentadbiran yang jelas.

“Kalau nak cari bangunan-bangunan komersial, senang tetapi nak cari kampung tradisi sudah sukar. Tapi, itu semua kita kena ikut undang-undang dan saya nak dapatkan taklimat dulu daripada agensi,” katanya.

Mengulas lanjut, Hannah berkata sebarang keputusan melibatkan Kampung Baru dan kawasan sekitarnya tidak akan dibuat secara tergesa-gesa tanpa maklumat lengkap daripada agensi berkaitan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN