fbpx
PUTERI Balqis tidak selesa dan sedih apabila kemesraannya bersama bapa tiri dijadikan bahan usikan netizen.

Tak baik buat Puteri Balqis teringat trauma silam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GARA-GARA buat trend menari dengan bapa tiri, pelakon Puteri Balqis atau Aqish berdepan komen seorang netizen yang disifatkan melampau.

Ini kerana individu itu meninggalkan gurauan sinikal hanya disebabkan dia dan bapa tirinya, Faris menggayakan baju tidur yang hampir sama.

Pelakon berusia 18 tahun itu menganggap ayat berbunyi ‘cakap dengan apak jangan salah panjat’ cukup menghiris emosinya yang pernah berdepan gangguan seksual membabitkan orang terdekat.

Lebih membuatkan Aqish sakit hati, bapa tirinya itulah antara insan yang menjaganya dengan tulus selama sembilan tahun selepas insiden hitam tersebut.

Bagi yang tidak tahu mengenai peristiwa hitam dikatakan menimpa Puteri Balqis, mungkin boleh baca daripada enjin carian. Panjang kalau nak cerita semula.

Apa pun janganlah terus serkap jarang.Walaupun muda, daripada perkongsian di laman sosial jelas Faris sangat matang selain bertanggungjawab sebagai seorang ayah.

DIVA: Satu watak kecil dalam filem terus menang paling popular, kelakarlah. Nampak sangat peminat zaman sekarang budak hingusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN