fbpx
TRIO negara memecahkan rekod kebangsaan acara pecut berpasukan trek terbuka yang bertahan sejak 2014 untuk merangkul emas keempat skuad berbasikal trek di Sukan SEA.

Sukan SEA: Empat emas jadi bekal semangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Kejayaan menuai empat pingat emas dan satu perak pada temasya Sukan SEA Thailand 2025 menjadi peletus semangat terbaik buat skuad berbasikal trek negara dalam mempersiapkan diri menghadapi cabaran lebih getir tahun depan.

Ketua jurulatih negara, Harnizam Basri menegaskan bahawa momentum kemenangan di Thailand ini amat diperlukan memandangkan skuad negara bakal berdepan jadual yang padat dan kritikal, termasuk permulaan fasa kelayakan ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Menurut Harnizam, tahun hadapan disifatkan sebagai ‘tahun besar’ buat kem berbasikal negara yang akan diisi dengan siri Kejohanan Piala Negara-Negara (Nations Cup), Sukan Asia Aichi-Nagoya dan Sukan Komanwel Glasgow.

“Tahun depan adalah tahun yang besar untuk kita. Selain, Sukan Asia dan Sukan Komanwel, proses kelayakan Olimpik juga sudah bermula pada bulan Oktober tahun hadapan.

“Selain itu, pasukan negara akan menghadapi tiga siri Piala Dunia (World Cup) berturut-turut. Bermula di Perth (Australia), kemudian ke Hong Kong, dan siri ketiga akan berlangsung di laman sendiri di Nilai.

“Jadi, empat emas dan satu perak yang kita capai ini adalah permulaan yang baik bagi meningkatkan semangat pelumba-pelumba muda negara menghadapi tentangan lebih sengit selepas ini,” katanya.

Jelasnya, kemenangan di peringkat Asia Tenggara ini membuktikan program latihan dan strategi yang diatur bersama Institut Sukan Negara (ISN) membuahkan hasil, sekali gus memberi keyakinan lebih tinggi kepada atlet muda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN