PERCUTIAN ke Hallstatt, Austria pada musim luruh baru-baru ini menjadi pengalaman pertama saya menjejakkan kaki ke negara itu. Hallstatt ialah satu desa yang dikatakan menjadi inspirasi dalam animasi Disney, Frozen. Sekian lama mengagumi pemandangannya yang cantik, saya tidak sangka akhirnya sampai juga di sana. Saya bercuti bersama kakak dan seorang rakan. Perjalanan dimulakan dari Kuala Lumpur menuju ke Munich, Jerman, Setibanya di sana, kami menyewa kereta dan terus memulakan perjalanan ke Austria. Pemandangan sepanjang jalan sangat indah. Saya berpeluang melihat……














