fbpx
Anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di Klinik Kesihatan Kuala Besut semalam.

Bilik fail Klinik Kesihatan Kuala Besut terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Bilik simpanan fail Klinik Kesihatan Kuala Besut di sini musnah kira-kira 80 peratus dalam kebakaran pada pukul 6.44 petang, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, kebakaran tersebut mula disedari seorang kakitangan klinik berkenaan yang cuba memadamkannya menggunakan alat pemadam api.

“Dia kemudiannya menghubungi pihak berkuasa untuk memohon bantuan bagi mengelak kebakaran merebak ke bahagian lain di premis berkenaan. Sepasukan lapan anggota bomba kemudiannya bergegas ke lokasi kebakaran,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Azrul Izzham berkata, api kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 8.17 malam.

Beliau berkata, langkah pantas pemadaman berkenaan berjaya mengelak kebakaran daripada merebak dan punca kejadian serta jumlah kerugian sedang ditaksir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI