fbpx
Seorang pemandu bas cedera, manakala, 40 penumpang selamat dalam kemalangan di KM 236.3, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara), awal pagi tadi. - IHSAN BOMBA

40 penumpang nyaris maut, bas rempuh treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Seramai 40 penumpang nyaris maut apabila bas yang mereka naiki merempuh belakang treler di  (KM) 236.3, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara), di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota tiba di lokasi kejadian pada pukul 4.17 pagi tadi sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.48 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dua tingkat yang melanggar bahagian belakang sebuah lori treler. Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melaporkan seorang pemandu lelaki dewasa tersepit di tempat duduk.

“Kerja-kerja menyelamat telah berjaya dilaksanakan, manakala 40 orang penumpang bas selamat dan telah keluar sendiri sebelum ketibaan PKO di lokasi,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN