fbpx
DISEBABKAN kisah lama, bintang Bollywood, Hrithik Roshan dirasakan masih menyimpan dendam dan tidak selesa dengan Arjun Rampal.

Masih berdendam, Hrithik bencikan Arjun Rampal?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HRITHIK Roshan dan Arjun Rampal merupakan dua hero Bollywood yang pernah menjadi kegilaan ramai kerana ketampanan mereka.

Dalam diam, rupa-rupanya dua aktor itu tidak sebulu gara-gara kisah lama yang pernah terjadi antara mereka.

Arjun dikatakan pernah menjalin hubungan dengan bekas isteri Hrithik, Suzanne Khan.

Biarpun perkara itu dikatakan hanya gosip liar, namun hantaran Hrithik dalam Instagram baru-baru ini seolah-olah mengiyakan perkara tersebut.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Hrithik mengucapkan tahniah atas kejayaan filem Dhurandhar yang ditunjangi Ranveer Singh.

Dalam hantaran tersebut dia menulis nama Ranveer Singh, Akshaye Khanna, R. Madhavan dan pengarah filem tersebut iaitu Aditya Dhar.

Tetapi tidak nama Arjun Rampal yang merupakan salah seorang pelakon dalam filem tersebut. Hrithik dan Suzanne bercerai pada tahun 2014, manakala Arjun dan bekas isterinya, Mehr Jesia bercerai pada 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN