fbpx
Naim Kurniawan yang juga anak Allahyarham Bung Moktar diumumkan sebagai calon BN pada PRK Parlimen Kinabatangan. Foto FACEBOOK NAIM MOKTAR

Anak Bung Moktar calon BN Parlimen Kinabatangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Anak Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Naim Kurniawan diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Makan Malam BN, malah turut dikongsikan oleh Naim pada Facebook beliau.

“Terima kasih kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid atas kepercayaan dan amanah sebagai calon BN PRK Parlimen Kinabatangan. Ini bukan hanya sekadar mandat parti, tetapi sekali gus membawa tuntutan pembelaan daripada seluruh rakyat di Kinabatangan.
“Alangkah sempurnanya jika momen ini disaksikan oleh bapa saya. Namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik. Takziah dan tahniah ini akan dipikul bersama dan akan diperjuangkan dengan sepenuh jiwa, kudrat serta keikhlasan,” katanya.

Pada 5 Disember lalu, Allahyarham Bung Moktar, 66, yang juga Pengerusi BN Sabah dan Ketua UMNO Sabah menghembuskan nafas terakhir pukul 1.46 pagi ketika sedang menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu.

Berikutan itu, kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag kosong selepas kematian beliau yang juga penyandangnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya kemudian menetapkan hari pengundian PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada 24 Januari 2026, manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 10 dan 20 Januari.

Terdahulu, Allahyarham Bung Moktar berjaya mempertahankan kerusi DUN Lamag pada Pilihan Raya Negeri Sabah pada 29 November lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN