fbpx
PASUKAN kejar-mengejar lelaki negara mencipta kejayaan sensasi dengan menuai pingat emas menewaskan Thailand semalam.

Sukan SEA: Skuad berbasikal tuai pingat ke-200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Skuad basikal kejar-mengejar berpasukan lelaki negara menghadiahkan pingat yang paling dinantikan oleh kontinjen negara yang merupakan jumlah keramat ke-200 yang disasarkan sebelum temasya Sukan SEA 2025 bermula.

Gandingan mantap Abdul Azim Aliyas, Mohd. Jafri Muhammad Hafiq, Muhammad Yusri Shaari dan Newjoe Lau ternyata luar biasa apabila memastikan lagu Negaraku berkumandang di Velodrom Hua Mark, Bangkok semalam.

Thailand yang membariskan barisan pelumba handalan Nattakrit Kaeonoi, Thak Kaeonoi, Thurakit Boonratanathanakorn dan Putipong Chaloemsrimueang terpaksa akur dengan pingat perak.

Pelumba negara, Muhammad Yusri Shaari berbangga apabila kerja keras pasukannya memastikan Malaysia membawa pulang pingat emas dalam acara itu tercapai.

“Saya gembira kerana sedar Thailand tidak beri kami kemenangan mudah dan kami berjaya atasi mereka dengan cara tersendiri.

“Alhamdulilah rezeki milik negara dan kemenangan ini buat semua,” katanya.

Pingat emas itu menjadi aksi sempurna kem berbasikal trek negara pada saingan hari pertama acara itu apabila terlebih dahulu meraih emas dalam acara keirin menerusi Muhammad Ridwan Sahrom dan Nur Aisyah Mohamad Zubir (scratch wanita).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN