fbpx
MOHD. Sany Misnan (kanan) dan Mohd. Ghazali Alias memenangi dua kategori berasingan dalam Anugerah Media Pembinaan CIDB.

Kosmo! menang Anugerah Media Pembinaan CIDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Media Mulia Sdn. Bhd. menerusi dua akhbar terbitannya iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo! berjaya memenangi dua kategori berasingan dalam Anugerah Media Pembinaan CIDB di sini malam tadi.

Wartawan Rencana Kosmo!, Mohd. Ghazali Alias berjaya merangkul tempat pertama Anugerah Media Cetak dan Portal Berita-Rencana menerusi rencana bertajuk ‘Cabaran membersih ‘tangan’ Tunku Abdul Rahman’.

Kemenangan itu membolehkan Mohd Ghazali membawa hadiah wang tunai RM5,000 beserta trofi.

Mohd. Ghazali yang menulis artikel berkisar kumpulan pembersih bangunan-bangunan pencakar langit di ibu kota termasuk mercu Merdeka 118 bersyukur dengan kejayaan itu.

“Menulis artikel ini mempunyai cabaran tersendiri untuk memahami bagaimana pasukan rope access & service menjalankan tugas mereka,” katanya kepada Kosmo!.

Sementara itu, Penolong Ketua Kreatif Utusan Malaysia, Mohamad Sany Misnan berjaya merangkul tempat kedua Anugerah Infografik Pegun menerusi reka letak bertajuk ‘Menara Condong Teluk Intan, 139 Tahun Kekal Utuh’.

Kedua-dua anugerah itu disampaikan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI