fbpx
Anwar bertemu dengan ketua-ketua pengarang dan wartawan media tempatan serta antarabangsa di Putrajaya semalam.

Kabinet baharu menyuntik nafas dan tenaga baharu – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelantikan baharu dalam Kabinet dibuat dengan mengambil kira keperluan menyuntik nafas dan tenaga baharu di beberapa kementerian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu termasuk melibatkan lebih ramai tokoh muda bagi menggerakkan agenda reformasi dengan lebih pantas.

“Insya-Allah, Kabinet Madani akan mempertingkatkan usaha pada tahun mendatang demi memastikan reformasi yang lebih bermakna selari dengan tuntutan rakyat.

“Menentang keras naratif durjana yang menghasut perpecahan, perkauman dan pelampau agama,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial malam tadi.

Terdahulu, Anwar berkata, Kerajaan Madani meneruskan usaha reformasi sepanjang 2025 termasuk menerusi penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal.

Menurut beliau, reformasi itu juga melibatkan Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan serta penyasaran subsidi yang adil tanpa membebankan rakyat serta menutup ruang ketirisan.

Kata beliau, Kerajaan Madani turut memperkukuhkan peranan badan penguat kuasa yang telah membuahkan hasil dengan rampasan dan penalti mencecah RM15.5 bilion.

“Kemajuan ketara dalam pembangunan Sabah dan Sarawak termasuk penyelesaian sembilan daripada 13 tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Tambah Perdana Menteri, daripada sudut ekonomi pula, Malaysia mencatat pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM384.4 bilion.

“Ringgit terus menunjukkan pengukuhan sekitar RM4.11 berbanding dolar Amerika Syarikat. Kerajaan Madani juga menaikkan gaji penjawat awam dan gaji minimum.

“Usaha menoktahkan kemiskinan tegar juga hampir mencapai sasaran dengan berbaki hanya 0.09 peratus,” jelasnya.

Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau mengkaji masih wujud kelemahan, kekurangan serta ruang untuk penambahbaikan.

Katanya, Kerajaan Madani akur dengan pandangan, teguran dan kritikan serta beriltizam untuk bekerja lebih keras pada tahun hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI