fbpx
CHERN XIN memasang impian untuk menguasai acara recurve individu lelaki Sukan SEA 2025. - FARIZ RUSADIO

Sukan SEA: Chern Xin sedia panah emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Tiada istilah gentar buat pemanah negara, Quick Chern Xin apabila menyasarkan kilauan emas buat Malaysia di Sukan SEA 2025 selepas mencipta kejutan melangkah ke pentas final recurve individu lelaki.

Chern Xin yang membuat penampilan sulung, bakal berdepan tugas berat pada apabila dijadual menentang jaguh berpengalaman dari Indonesia, Riau Ega Agata Salsabila pada final di Kompleks Sukan Rajamangala hari ini.

Atlet pelapis negara itu mengakui, dia kini bersemangat untuk mencipta kejutan kali kedua biarpun berdepan pemenang enam pingat emas temasya berkenaan.

“Perasaan sangat gembira apabila dapat melangkah ke final. Saya akan cuba sedaya upaya hadiahkan pingat emas buat Malaysia.

“Memang ada sedikit rasa gementar, tetapi keterujaan itu lebih tinggi. Saya harap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin.

“Lawan saya adalah pemanah senior, tetapi saya tidak mahu terlalu tertekan. Bagi saya, di padang semuanya sama, sesiapa sahaja boleh menang jika fokus dan tidak lakukan kesilapan,” katanya.

Chern Xin mempamerkan ketenangan luar biasa apabila menyingkirkan rakan sepasukan, Muhamad Syafiq Bustaman 7-3 pada aksi separuh akhir, semalam.

Sebelum itu, dia cemerlang membenam cabaran wakil Myanmar, Htet Thiha Zaw 7-1 di pusingan 1/8 dan mengetepikan pemanah Vietnam, Phong 6-4 di suku akhir sebelum menang 6-4 ke atas Le Quoc Phong untuk ke separuh akhir.

“Bila lawan rakan sepasukan, memang sedikit gementar sebab kami berlatih bersama setiap hari dan tahu tahap masing-masing.

“Di gelanggang, kami lawan habis-habisan tetapi selepas tamat perlawanan, kami kawan balik macam biasa. Sekarang fokus saya adalah untuk memastikan emas menjadi milik kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI