fbpx
Wei Ye (dua dari kanan) berdepan enam pertuduhan termasuk memiliki pistol di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, hari ini.

Lelaki tidak mengaku salah miliki pistol, ugut jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di dua mahkamah di sini hari ini atas enam pertuduhan memiliki senjata api dan peluru hidup, melakukan ugutan jenayah serta memiliki dadah di sini awal bulan ini.

Tertuduh, Kor Wei Ye, 37, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Nabisha Ibrahim dan Majistret, Muhammad Syaiful Akmal.

Mengikut pertuduhan di Mahkamah Sesyen, dia didakwa memiliki senjata api iaitu sepucuk pistol jenama ‘Sigarms’ tanpa kebenaran yang sah di sebuah rumah di Bandar Laguna Merbok, di sini kira-kira pukul 9 pagi, 7 Disember lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan boleh hukum di bawah akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan maksimum enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, dia didakwa atas lima lagi pertuduhan iaitu memiliki 10 butir peluru tanpa lesen, tiga ugutan jenayah kepada tiga mangsa berbeza dan memiliki dadah jenis ketamin seberat 45.5 gram.

Kes akan disebut semula pada 21 Januari depan, manakala serahan laporan kimia bagi kes dadah ditetapkan pada 21 April depan. Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin sehingga kes di Mahkamah Sesyen selesai.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI