fbpx
Tangkap layar video Muhamad Rafiuddin menerima tip beberapa keping wang kertas RM100 daripada seorang pelanggan mat salih di sebuah perumahan elit di Kuala Lumpur.

[VIDEO] ‘Rezeki tak salah alamat’ – Rider terima tip hampir RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang penghantar makanan terkejut menerima tip daripada pelanggannya yang mungkin mencecah sehingga RM1,000, selepas menghantar pesanannya di sebuah kawasan perumahan di Kuala Lumpur.

Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok Muhamad Rafiuddin, pemuda tersebut menerima tip berkenaan daripada seorang lelaki warga asing dipercayai mat salih, selepas dia menghantar makanan kepadanya di sebuah kawasan elit.

Pada video itu memperlihatkan Muhamad Rafiuddin menghantar bungkusan makanan pada waktu malam kepada lelaki itu dikenali sebagai Brandon.

Brandon kemudian meminta pemuda itu menunggu sebentar untuk memberikan tip kepadanya. Dia kembali dengan membawa beberapa keping wang kertas RM100 serta diberikan kepada Muhamad Rafiuddin.

“Ini dia, saya nak pulang esok, malas nak tukar duit,” katanya selepas Muhamad Rafiuddin bertanya berhubung jumlah tip yang diberikan sangat banyak.

Menerusi ruangan komen, orang ramai meneka tip diterima itu berkemungkinan hampir mencecah RM1,000 atau menyamai angka berkenaan berikutan kesemua wang kertas diterima adalah RM100.

“Rezeki tak salah alamat, hampir RM1,000 dapat tip,” kata seorang pengguna TikTok Hanepp.

“Boleh dia malas-malas nak tukar duit ya,” komen Amirul Mat Junal berseloroh.

“Semua purple (wang kertas ungu RM100) pula itu. Dia yang dapat, aku yang happy (seronok),” kata Ayu Lynn.

“Mesti awak ada buat benda baik hari itu. Allah hantar tip melalui Brandon,” kata Misz Tombam.

“Adakah hati kecil kau memohon sesuatu daripada Allah untuk mengurangkan kesulitan yang kau hadapi? Jika ya, kau sungguh beruntung,” komen Lan Sixteen. – KOSMO! ONLINE

@rafy_axl Rezeki tak salah alamat… Alhamdulillah tips paling besar pernah dapat sepanjang buat grabfood.. #grabfood #rezeki #hustle #kualalumpur #insta360 ♬ original sound – Muhamad Rafiuddin

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI