fbpx
Orang ramai memenuhi kawasan ladang tebu yang menjadi lokasi mayat ditemukan. - Khaosod

Tubuh dalam ladang tebu, kepala 1 kilometer jauhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Satu mayat tanpa kepala ditemukan di sebuah ladang tebu di Mueang Phin, wilayah Nakhon Sawan, dengan punca kematian mangsa masih misteri, lapor laman berita Thaiger.

Dalam kejadian kelmarin, mayat Nantachai, 55, ditemukan dengan kepalanya berada pada jarak kira-kira 1 kilometer berhampiran rumpun buluh.

Kolonel Polis Panupon Karakon berkata, mayat itu juga tidak mempunyai lengan kiri. 

Katanya, sebuah beg tembakau dan kad pengenalan mangsa turut ditemukan, manakala mayatnya dipercayai berada di situ selama kira-kira empat hari.

Tambahnya, mangsa sebelum itu dilaporkan hilang selama empat ke lima hari.

Pemeriksaan forensik tidak menunjukkan sebarang tanda keganasan atau pergelutan di kawasan sekitar. 

Keputusan bedah siasat awal menunjukkan bahawa kegagalan peredaran darah mungkin  menyebabkan kematiannya. 

Ketika ditemukan penduduk tempatan, mayat itu dikelilingi oleh anjing, menunjukkan bahawa haiwan mungkin menggigit anggota badan mangsa sehingga putus.

Bagaimanapun, misteri mula tercetus apabila colok dan darah turut ditemukan di lokasi sama, sekali gus membayangkan terdapat ritual dilakukan di situ. 

Ketua Kampung Boonyuen Tawilap berkata, punca sebenar kematian mangsa masih tidak dapat dipastikan.

Katanya, polis masih menunggu keputusan bedah siasat akhir bagi memberi penjelasan mengenai punca sebenar kematiannya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI