fbpx
Sembilan muka baharu yang dilantik dalam barisan Kabinet.

Sembilan muka baharu sertai barisan Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai sembilan muka baharu dilantik menganggotai barisan Kabinet baharu seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr. Mohammed Taufiq Johari dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan, manakala Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, dan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah dilantik sebagai Timbalan Menteri Ekonomi.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, manakala Ahli Parlimen Segamat, R. Yuneswaran dilantik sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara.

Selain itu, Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Turut dilantik ialah pendakwah bebas Marhamah Rosli sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), serta Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui, sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN