fbpx
Tangkap layar video menunjukkan detik pesawat An-22 itu pecah sebelum terhempas ke dalam Takungan Uvod. - East2West

Pesawat tentera pecah, terhempas dalam takungan air  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MOSCOW – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh selepas sebuah pesawat pengangkut tentera Russia pecah di ruang udara dan terhempas ke dalam takungan air di timur laut Moscow, lapor akhbar The Sun UK.

Pesawat Antonov An-22 itu terhempas ke dalam Takungan Air Uvod, wilayah Ivanovo, baru-baru ini.

Rakaman video kejadian oleh penduduk tempatan menunjukkan badan pesawat putus dua semasa menjunam ke dalam air.

Laporan awal menyatakan, pesawat An-22 itu terhempas semasa penerbangan ujian selepas menjalani penyelenggaran, namun dinafikan oleh Kilang Pembaikan Udara ke-308 Russia.

Antara spekulasi lain termasuk nahas berpunca daripada beban berlebihan, menyebabkan pesawat pecah di ruang udara.

Pesawat itu membawa lima kru dan dua penumpang semasa kejadian.

Penyelam masih meneruskan pencarian di Takungan Uvod yang membeku dan dalam 7 meter.

Kementerian Pertahanan Russia masih melakukan siasatan. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN