BERPENGETAHUAN luas dalam bidang kesan visual VFX di Hollywood menjadi pendorong anak kelahiran tempatan Arif Nizam, 26, membangunkan platform pendidikan teknologi dalam talian bernama Osom School. Ditubuhkan pada 2024, Osom School menawarkan pembelajaran teknologi lebih mudah, menyeronokkan dan mampu diakses oleh pelajar khususnya golongan kanak-kanak yang meminati bidang kecerdasan buatan (AI), animasi tiga dimensi (3D), robotik dan teknologi kreatif. Pengalaman terlibat dalam projek antarabangsa seperti Prehistoric Planet, The Walking Dead, Silo dan Aquaman 2 membuatkan Arif optimis Osom School dapat……














