fbpx
PENYANYI baharu Raes Ariffin meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Shiha untuk memilih dan menentukan hala tuju lagu dan muziknya. 

‘Benda ini selamatkan saya daripada buli, anxiety disorder’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETELAH mencuri perhatian menerusi program realiti Gimme The Mic 2024, penyanyi baharu, Raes Arifin kini melangkah setapak lagi dalam dunia seni dengan pelancaran single pertama berjudul Jalan Cinta.

Lagu yang diterbitkan bawah label Shiha Zikir Empire (SZE) dengan kerjasama Sony Music Malaysia tersebut sekali gus membuka lembaran baharu dalam perjalanan seni anak muda berbakat itu.

Raes berkata, minat mendalam terhadap melodi dan nyanyian menjadi pemangkin semangat untuk membina kerjaya dalam industri muzik tanah air.

“Semestinya saya sangat bersyukur kerana saya mempunyai minat yang mendalam terhadap melodi dan nyanyian sejak dahulu lagi.

“Nyanyian juga satu alat untuk saya bangkit dan kuat menempuh liku hidup.

“Lagu Jalan Cinta ini menjadi tanda serta titik mula untuk saya masuk dalam dunia seni tanah air dan bergiat lebih serius lagi selepas ini, insya-Allah,” katanya membuka bicara.

Maksud

Mengulas mengenai maksud lagu tersebut, Raes menjelaskan Jalan Cinta mengangkat kisah seorang pencinta yang memberi sepenuh jiwa raga, namun takdir tidak menyebelahi hubungannya.

“Jalan Cinta adalah tentang seorang pencinta yang memberikan segalanya, mencintai sepenuhnya tetapi tiba-tiba takdir tidak memihak kepada mereka. Namun jauh di sudut hati, pencinta ini masih mengharapkan yang mereka dapat bersama semula.

“Tanpa disangka, jalan cinta yang disangka menuju ke arah yang sama menjadi dua jalan berbeza apabila si dia telah memilih orang lain.

“Secara umumnya lagu ini memang boleh dikaitkan dengan kisah-kisah berlainan setiap orang, namun untuk saya sendiri, cinta saya adalah nyanyian dan menjadi sebahagian daripada hidup saya.

“Cinta ini jugalah yang menjadi jalan menyelamatkan saya daripada buli, anxiety disorder dan daripada segala ujian yang hampir mematahkan semangat saya sebelum ini,” ujarnya.

Raes turut mendedahkan bahawa pemilihan lagu dibuat dengan teliti di bawah bimbingan penyanyi Shiha Zikir.

“Saya beri sepenuh kepercayaan kepada Shiha dan label Shiha Zikir Empire untuk mencari dan menentukan lagu yang sesuai dengan suara dan cara nyanyian saya.

“Difahamkan, sampai berpuluh-puluh lagu juga dicari sehingga menemukan Jalan Cinta ini. Sesiapa yang mengenali Shiha, dia memang kelihatan ‘happy-go lucky’ tetapi apabila masuk hal pemilihan lagu, apatah lagi lagu pertama untuk saya, sisi diri dia berubah sepenuhnya menjadi serius dan fokus demi mendapatkan hasil yang terbaik.

“Setelah itu, saya diberi waktu untuk mendengar dan mengolah lagu itu mengikut cara saya sendiri bawah bimbingan Shiha. Alhamdulillah, lagu ini tidak memakan masa yang lama untuk dirakam, sekitar 40 minit ke sejam sahaja,” tutupnya.

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI