fbpx
GAMBAR fail seekor burung gagak di Singapura. - Foto AFP

Warga emas bebaskan burung gagak berdepan penjara 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang lelaki warga emas yang melihat perangkap burung gagak dipasang oleh Lembaga Taman Negara (NParks) di Toa Payoh, Singapura didakwa kerana memotong tali pengikat kabel bagi membebaskan haiwan berkenaan, lapor portal berita AsiaOne hari ini.

Polis berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kes itu kira-kira pada pukul 6.15 petang , baru-baru ini.

Perangkap burung gagak tersebut yang terletak di kawasan rumput berhampiran Blok 181 Lorong 4 Toa Payoh, dipasang oleh NParks sebagai sebahagian daripada operasi pengurusan populasi burung.

Suspek berusia 77 tahun dikenal pasti melalui siasatan dan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

Dia akan didakwa di mahkamah esok atas kesalahan khianat yang mengganggu kerja agensi awam, menurut polis.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun dan/atau didenda. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN