fbpx
Nor Hidayat (kiri) sayu melihat anaknya, Zara terlantar di rumah mereka di Felda Kerteh 1, Dungun semalam.

‘Tiba-tiba dia rebah dalam bilik air’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Duit simpanan sudah habis, barangan kemas juga licin digadai semata-mata hendak menampung perbelanjaan sejak anak perempuan kesayangan yang dahulunya ceria kini terlantar akibat jangkitan kuman me­ningitis pada selaput otak.

Itu yang dihadapi Nor Hidayat Mat Razis, 38, ketika membica­rakan mengenai anaknya, Nur Izzara Qaisara Mohd. Yashri, 9, sejak menghidap penyakit itu setahun lalu.

Katanya, dia begitu rindu mendengar anaknya memanggil ibu selain gelak tawanya sebelum anak ketiga daripada empat beradik itu tiba-tiba rebah dalam bilik air pada 21 Disember tahun lalu.

“Sebelum itu, Zara sering me­ngadu sakit kepala dan kehila­ngan keseimbangan badan.

“Doktor akan memberinya ubat biasa setiap kali dibawa ke klinik berhampiran sehinggalah dia tiba-tiba rebah di dalam bilik air,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Kerteh 1 di sini semalam.

Menurut Ibu tunggal itu, Zara telah dikejarkan ke hospital sebelum dirawat selama enam bulan di dalam wad setelah disahkan terkena jangkitan kuman me­ningitis pada selaput otak.

Tambah Nor Hidayat, sebelum ini, Zara yang dilahirkan dengan masalah jantung berlubang dan bibir sumbing pernah terkena jangkitan kuman sama sewaktu berusia lapan bulan.

“Alhamdulillah waktu itu, Zara sembuh, malah masalah jantung berlubang dan bibir sumbing juga pulih menerusi pembedahan sewaktu umurnya antara lima bulan hingga dua tahun.

“Dia membesar sebagai kanak-kanak yang aktif sehinggalah 21 Disember tahun lalu. Saya rindu gelak tawanya dan mahu mendengar kembali panggilan ibu daripada Zara,” katanya.

Nor Hidayat berkata, Zara yang sudah empat kali menjalani pembedahan mengeluarkan lebihan air dalam kepala bergantung kepada tiub untuk minum susu khas dan memakan ubat.

Katanya, keadaan Zara yang perlu dipantau 24 jam dan diberi susu khas setiap empat jam membuatkan dia tidak dapat membuka warung yang menjadi sumber rezekinya menyara anak-anak selama ini.

“Wang simpanan kami sudah ‘kering’ dan barangan kemas saya habis digadai demi kelangsungan hidup.

“Kami kini hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM600 sebulan. Tambah sayu, anak sulung saya berusia 18 tahun terpaksa menolak tawaran melanjutkan pelajaran,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun bank Nor Hidayat bernombor 163082176330 (Maybank) atau menghubungi­nya di talian 012-844 9294.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN