fbpx
Gambar hiasan.

Tahan nafas bukan solusi elak asap rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan menahan nafas ketika melalui kawasan dipenuhi asap rokok bukanlah satu penyelesaian untuk melindungi diri daripada kesan buruk asap tersebut.

Public Health Malaysia (PHM) menerusi satu hantaran di media sosial menjelaskan, asap rokok bukan sekadar bau tetapi partikel halus yang kekal berlegar di udara dan persekitaran.

“Ia partikel halus yang boleh kekal di sekeliling, melekat pada baju, rambut, kerusi, langsir, dalam kereta. Walaupun rokok dah padam, sisa dia masih tinggal,” katanya.

Menurut PHM, mereka yang tidak merokok terpaksa menanggung akibat menghidu asap rokok termasuk gangguan pernafasan, batuk, semput, loya dan pedih tekak terutama bagi penghidap asma, ibu mengandung, warga emas serta kanak-kanak.

PHM menyarankan orang ramai untuk menjaga ruang pernafasan mereka dengan menegur secara sopan, meminta jarak selamat atau memaklumkan kepada staf premis agar tindakan boleh diambil demi keselesaan semua.

“Bukan untuk cari gaduh, cuma untuk jaga nafas yang anda perlukan setiap saat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN