fbpx
Tangkap layar kejadian tersebut.

Rider melambung 20 meter ke parit bertembung MPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Seorang penunggang motosikal melambung tinggi ke udara selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam satu kemalangan di Jalan Rizab Zazuli, Bukit Hijau, Jeram, di sini.

Detik ngeri itu dirakam sebuah televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi tersebut sebelum tular di media sosial menerusi video berdurasi 22 saat.

Dalam rakaman berkenaan, MPV terbabit dipercayai membelok ke kanan sebelum secara tiba-tiba bertembung dengan motosikal yang datang dari arah bertentangan.

Penunggang motosikal dilihat melambung beberapa meter ke udara dan tercampak ke dalam parit di bahu jalan.

Setakat ini, keaadaan mangsa yang terlibat belum dapat dipastikan.

Berdasarkan ruangan komen hantaran video itu, ramai yang mempersoalkan cara pemanduan penunggang dan pemandu tersebut terutama apabila berada di jalan kampung.

Seorang pengguna Facebook dikenali Arief Idzhar menyatakan kedua-dua mereka mempunyai kesalahan.

“Rider jalan kampung tak boleh buat macam kat highway, slow slow kawasan kampung.

“Driver tak tengok keadaan di depan dan tidak beri signal sebelum masuk simpang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN