fbpx
Johari.

PBT perlu teliti DO, elak bangunkan kawasan berisiko – Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk meneliti secara terperinci kebenaran merancang (DO) berdasarkan data geospatial sesuatu kawasan sebelum ia diluluskan untuk pembangunan.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah itu penting bagi memastikan kawasan yang dibangunkan itu selamat dan tidak akan membebankan pembeli di kemudian hari.

Ini kerana katanya, ada sesetengah kawasan yang diluluskan pembangunan telah mengalami beberapa masalah seperti ditenggelami banjir.

“Kalau kita tengok mana-mana pemaju datang nak membangunkan sesuatu kawasan, dia kena pergi dapatkan DO. Bila nak dapat DO ini, PBT juga kena ada maklumat sesuatu kawasan itu.

“Kalau tidak, akhirnya apabila rumah siap, ada itu rumah tak siap pun dah mula masuk banjir. Jadi sebab itu maklumat dan data sangat penting untuk semua PBT sebelum meluluskan sebarang DO.

“Pemaju biasalah, dia kalau dah pegang tanah itu, dia punya ‘land bank’ itu dah lama kat situ, takkan dia nak cerita dengan orang (pembeli) kawasan ini akan datang banjir lima tahun akan datang,” katanya di Dewan Negara semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Wan Martina Wan Yusoff yang bertanyakan tentang apakah langkah kerajaan dalam memastikan pembangunan dalam kawasan bandar terutamanya di kawasan berisiko disemak semula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI