DIBERIKAN Anugerah Ketua Pengarah pada Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Sembilan 2025 baru-baru ini, Nur Shahira Nadia Zulkifli meluahkan harapan agar impian besarnya untuk membantu keluarga akan tercapai. Graduan Kolej Komuniti Tampin dalam sijil Terapi Kecantikan dan Spa itu menyimpan hasrat untuk membuka perniagaan sendiri. Namun, sebelum memulakan langkah besar itu, dia terlebih dahulu mahu menimba pengalaman kerjaya dalam bidang kecantikan dan telah pun diterima bekerja di sebuah spa. Menurut Nur Shahira Nadia, 21, tiada apa yang lebih membahagiakan dirinya……














