SETELAH tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Bazli Ilmam Mohamad Niza, 20, memilih untuk bekerja di sebuah bengkel kereta. Di situlah, dia mula meminati bidang berkaitan kemahiran automotif, enjin atau kenderaan. Dalam masa yang sama, dia menyedari pendidikan merupakan sesuatu yang penting untuk masa hadapannya. Bazli Ilmam kemudian mengambil keputusan untuk mendalami bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan mengambil Diploma Kejuruteraan Perkapalan di Politeknik Ungku Omar di Ipoh, Perak. Menurutnya, dengan memilih melanjutkan pengajian, dia dapat belajar……














