fbpx
Ahmad Zahid ketika melakukan lawatan kerja ke Universiti Kuala Lumpur (UniKL) British Malaysian Institute.

Isu tanah antara Felda, Terengganu ditangani secara berhemah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Kerajaan yakin sebarang pertikaian melibatkan isu premium tanah antara Felda dan kerajaan Terengganu dapat ditangani secara berhemah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu sekali gus bagi memastikan kepentingan peneroka dan komuniti Felda sentiasa terpelihara.

“Saya yakin kerjasama di antara Kerajaan Pusat melalui Felda dan FGV Holding Berhad (FGV) dengan kerajaan Terengganu, khususnya kerajaan negeri yang telah menjadi perunding untuk kita menyantuni beberapa pertikaian.

“Kita memberikan keutamaan kepada kepentingan dan kebajikan para peneroka,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke Universiti Kuala Lumpur (UniKL) British Malaysian Institute, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, perkara tersebut bagaimanapun telah dibawa ke Kabinet.

“Kini mereka telah melanjutkan untuk tempoh sebulan dan operasi-operasi yang selama ini tertangguh telah diteruskan.

“Tetapi kita mahu melihat dari segi permintaan kerajaan Terengganu di mana mereka mengenakan premium bernilai RM700 juta mengikut nilai pasaran sedangkan kita telah membayar premium itu pada tahun 2011 dengan jumlah nilai pasaran ketika itu,” katanya.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini geran atau hak milik tanah masih belum dikeluarkan, sekali gus membuka ruang rundingan antara kedua-dua pihak bagi mencari penyelesaian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN