fbpx
Cef berada di salah satu bahagian taman hijau yang diusahakan oleh kakitangan hotel.

Movenpick KLIA terima Pensijilan Green Globe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA  (Movenpick KLIA) telah berjaya menerima  Pensijilan Green Globe, satu penanda aras antarabangsa yang diiktiraf dalam kecemerlangan kelestarian bagi industri pelancongan dan hospitaliti global.

Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan hotel sebagai salah satu peneraju utama hospitaliti lestari di Malaysia dan menyerlahkan kejayaannya dalam melaksanakan amalan bertanggungjawab serta mesra alam yang selaras dengan komitmen kelestarian global Accor.

Pensijilan Green Globe ini menandakan satu bab baharu dalam perjalanan kelestarian Movenpick KLIA yang dipandu oleh strategi kelestarian global Accor.

Pengurus Besarnya, Rudi Fajar Putra berkata, pensijilan tersebut  bukan sekadar pengiktirafan terhadap amalan lestari kami, tetapi mencerminkan dedikasi dan tanggungjawab pasukannya menjaga alam sekitar.

Menurut beliau, setiap jabatan menyumbang dalam menjadikan kelestarian sebagai sebahagian daripada budaya kami.

“Daripada tenaga yang kami jimatkan hingga sisa makanan yang kami elakkan, kami komited memastikan para tetamu menikmati pengalaman menginap yang bermakna sambil menyokong masa depan yang lebih hijau,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Rudi Fajar, pensijilan tersebut mencerminkan komitmen hotel terhadap operasi yang cekap dan bertanggungjawab.

“Perjalanan ini bermula dengan audit dalaman dan pelan tindakan yang dibangunkan melalui kerjasama antara jabatan, sekali gus mengintegrasikan kelestarian dalam setiap aspek operasi hotel.

“Penilaian menyeluruh kemudiannya dijalankan untuk menilai prestasi dalam pengurusan tenaga, air dan sisa dan melalui Sistem Pengurusan Bangunan (BMS) yang komprehensif, lampu LED cekap tenaga, sensor pintar dan pemacu kelajuan berubah-ubah.

“Hotel juga mengoptimumkan penggunaan elektrik, manakala panel solar fotovoltaik membekalkan tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan kebergantungan kepada grid nasional,” ujarnya.

Bagi menjimatkan air, hotel telah memasang kelengkapan aliran rendah, sistem dwi-flush serta peralatan cekap di kawasan dobi dan dapur, disokong oleh sistem penuaian air hujan dan pengairan pintar.

Para tetamu turut digalakkan menyertai usaha pemuliharaan melalui program guna semula linen, di mana mereka boleh memilih untuk menggunakan semula tuala dan cadar bagi membantu mengurangkan penggunaan air dan tenaga.

Pasukan dapur juga menggunakan sistem penjejakan sisa makanan pintar Winnow, satu penyelesaian digital yang mengukur dan menganalisis sisa makanan untuk membantu chef mengenal pasti ruang penambahbaikan dan membuat keputusan berasaskan data.

Sistem ini telah membolehkan hotel mengurangkan jumlah sisa dapur dan meningkatkan kecekapan penyediaan makanan.

Selain itu, hotel turut membangunkan projek tong kompos DIY, yang menukar sisa dapur dan taman kepada kompos kaya nutrien.

Kompos yang dihasilkan digunakan sebagai baja semula jadi di kebun herba dan sayur-sayuran hotel, dikenali sebagai Joy Garden, yang mana hasil segar seperti herba, cili dan sayuran berdaun ditanam dan digunakan dalam hidangan hotel. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN