fbpx
Gambar yang dikongsikan Yuhafiqah di Facebook.

Tak sempat merasa RM100, belum sampai rumah duit dah koyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Balik rumah, dalam keadaan tersenyum bangga, tiba-tiba dia hulur sampul dan cakap perlahan, Ibu…duit ni koyak.”

Demikian perkongsian pengguna Facebook, Yuhafiqah yang menceritakan wang RM100 diterima anaknya sebagai hadiah Anugerah Cemerlang didakwa telah dikoyak oleh rakan sekelas kanak-kanak itu.

“Semasa dia ambil anugerah pertama, dia tak perasan pun dalam sampul sijil itu ada duit. Dia turun pentas, masuk kelas dan letak hadiah tu sekejap sebab perlu beratur semula untuk naik pentas kali kedua.

“Saya tanya macam-macam, dia jawab pendek saja. Harith tinggal dalam kelas…ada orang pegang tapi tak apa ibu, Harith tak nak cakap siapa. Pada saat itu, dada saya terus rasa ketat,” katanya.

Yuhafiqah juga memaklumkan anaknya sering menjadi mangsa buli di sekolah meskipun dalam kalangan kanak-kanak, situasi seperti itu dianggap hanya gurauan.

“Bukan pertama kali barang dia jadi mangsa. Songkok hilang dua, tiga kali setahun. Ada yang ambil, ada yang sorok, ada yang main. Dia tetap diam, seolah-olah perkara itu kecil. Tapi hati ibu yang pecah,” luahnya.

Dalam hantaran sama, wanita itu meminta pandangan orang ramai mengenai wang yang koyak, sama ada masih boleh ditampal dengan selotip atau perlu ditukar di bank.

Sementara itu, di ruangan komen ramai yang memberi pelbagai reaksi berhubung kejadian yang dialami Harith selain mencadangkan agar wanita itu menukar wang RM100 di bank.

“Mungkin sambil bermain dengan kawan di kelas, sampul itu terkoyak atau mungkin anak puan sendiri yang nak buka tengok isi dalam sampul, tapi tersilap buka dan terkoyal duit yang ada tanpa sengaja,” kata Hayati.

“Tak apa, puan boleh pergi bank tukar dapat balik nilai sama. Nanti boleh hadiahkan semula pada anak,” kata Norazmin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI