fbpx
TANG JIE-Ee Wei kecewa elepas gagal melangkah ke pentas final Sukan SEA Thailand 2025.

Sukan SEA: Tang Jie-Ee Wei tumbang di separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Kejutan besar melanda kem badminton negara apabila beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang diletakkan sebagai sandaran pingat emas gagal melangkah ke pentas final selepas tersingkir di pentas separuh akhir acara individu Sukan SEA Thailand 2025, hari ini.

Dalam aksi di Gimnasium Universiti Thammasat itu, pasangan ranking No. 3 dunia tersebut tewas mengejut secara straight set 15-21, 16-21 dalam masa 44 minit kepada gandingan tuan rumah, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat.

Kekalahan di luar jangkaan itu sekali gus meranapkan sasaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang meletakkan gandingan itu sebagai sandaran utama untuk memburu salah satu daripada empat pingat emas yang disasarkan di bumi Thailand.

Meskipun memiliki rekod bersih tiga kemenangan terdahulu ke atas pasangan ranking ke-13 dunia itu, Tang Jie-Ee Wei gagal menterjemahkan kelebihan tersebut di gelanggang sebenar.

Tang Jie yang ditemui selepas perlawanan tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya, menyifatkan taktikal agresif lawannay itu benar-benar ‘menjerat’ rentak permainan mereka.

“Memang tak puas hati sebab sasaran kami lebih tinggi. Jadi, ini satu pengajaran berguna buat kami sebab kerana strategi mereka membuatkan kami sangat tidak selesa dan serba tak menjadi.

“Mereka lebih konsisten dan sabar. Kami cuba bangkit, tetapi gagal mengubah momentum. Saya akui kami perlu belajar menangani situasi seperti ini dengan lebih baik,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN