fbpx
KUASA lakonan Trisha Ooi membuatkan watak lakonannya dalam Jika Cinta Itu Buta dibenci penonton.

‘Punyalah jahat si Trisha Ooi, nasib dah habis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MESKI sudah melabuhkan tirai, drama Jika Cinta Itu Buta lakonan Uqasha Senrose, Shah Jaszle, Keith Foo dan Trisha Ooi berjaya meledak sejak ditayangkan pada Oktober lalu.

Paling menonjol sehingga menjadi bualan ramai adalah lakonan Trisha Ooi sebagai watak antagonis bernama Bella.

Wanita perampas dan anak kurang ajar terhadap ibunya, itu karakter dipegangnya sehingga dibenci penonton.

“Walaupun sudah tamat, rasa benci pada Bella masih ada. Bella ni punya jahat boleh buat penonton gila, nasib baik dah habis,” komen netizen.

Drama 50 episod itu juga dalam masa sama berjaya menyerlahkan sisi lakonan berbeza Trisha yang sebelum ini sinonim dengan filem aksi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN