fbpx
Orang ramai teruja berkunjung ke acara Oh My Pet! Expo 2025 yang sedang berlangsung dengan pelbagai aktiviti dan promosi di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.

Lebih 200 pempamer sertai Oh My Pet! Expo 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lebih daripada 200 pempamer menyertai pameran haiwan peliharaan terbesar di sini Oh My Pet! Expo 2025  yang sedang berlangsung selama empat hari dan akan berakhir esok.

Pameran yang dapat memenuhi keperluan komuniti pencinta haiwan peliharaan itu dapat menyertai pelbagai aktiviti interaktif, segmen pendidikan dan pelbagai promosi eksklusif.

Melalui tema tahun ini iaitu Pemilikan Haiwan Peliharaan Yang Bertanggungjawab, penganjuran itu menekankan komitmen penganjur dalam mempromosikan penjagaan haiwan
beretika, kebajikan haiwan, serta pengurusan haiwan peliharaan yang lebih berinformasi.

Menurut penganjur pameran tersebut, Calvyn Soh, Oh My Pet! 2025 bukan sekadar sebuah acara, tetapi ia bertujuan
membentuk masyarakat yang penyayang dan bertanggungjawab terhadap haiwan.

“Matlamat utama acara ini adalah untuk menyatukan komuniti haiwan peliharaan sambil menggalakkan pemilikan haiwan peliharaan yang lebih bertanggungjawab.

“Haiwan peliharaan memberi sokongan emosi, membawa kegembiraan dan sentiasa bersama kita pada hari-hari paling sukar.

“Setiap aspek Oh My Pet! Expo direka untuk mendidik, memberi inspirasi dan membina komuniti pemilik haiwan yang penyayang serta menghargai ikatan antara kita dengan haiwan kesayangan,” katanya pada majlis pelancaran pameran tersebut.

Oh My Pet! Expo telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records dan ia kini berkembang menjadi platform utama industri haiwan peliharaan di Malaysia dan Asia Tenggara. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN