fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat landa Kelantan, Terengganu hingga 3 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 3 petang.

Antara kawasan yang terlibat dalam cuaca buruk di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai manakala Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu turut terjejas.

“Selain itu, amaran hujan berterusan turut dikeluarkan di Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.
“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Sarawak melibatkan Bintulu dan Miri (Subis) manakala Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat di Sabah,” katanya.–KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI