fbpx
Saifuddin ketika berucap pada Program Kembali Ke Sekolah 2025 di Kulim, hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

Gerakan kultus dari Korea Selatan dalam radar polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Gerakan kultus dari Korea Selatan yang dikatakan aktif di negara ini berada dalam radar pihak polis, namun kegiatannya setakat ini belum sampai kepada tahap mengancam keselamatan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau telah diberikan taklimat oleh Cawangan Khas berhubung pertubuhan tersebut termasuk corak kegiatan serta penglibatan tokoh tempatan.

“Fakta nombor satu adalah sememangnya ia berada dalam radar pasukan keselamatan kita. Apakah bentuk kegiatannya sehingga sampai pada satu tahap untuk kita katakan mengancam keselamatan negara? Ia belum sampai tahap itu lagi.

“Pemantauan berterusan dibuat oleh pihak polis sebab kegiatannya hadir dalam bentuk umum yang sekilas pandang kita tak nampak sebarang bentuk yang boleh kita anggap sebagai satu ancaman,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembali Ke Sekolah 2025, di sini hari ini.

Saifuddin berkata demikian ketika diminta mengulas siasatan terhadap pendedahan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengenai kewujudan satu gerakan kultus dari Korea Selatan yang didakwa menyimpang dan aktif di negara ini.

Menurut beliau, kewujudan gerakan dalam bentuk umum itu dipercayai menjadi antara faktor yang menyebabkan penglibatan beberapa tokoh politik negara.

“Jadi, buat masa ini, kenyataan yang dibuat oleh Dr. Maza (Mohd. Asri) sememangnya menunjukkan organisasi tersebut berada dalam pemakluman pihak keselamatan kita,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai negeri-negeri yang dikesan mempunyai gerakan tersebut, beliau berkata, pihaknya masih belum mempunyai maklumat terperinci berhubung perkara itu. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN