fbpx
Gambar hiasan

Angkara ulasan ‘thumbler’, suri rumah kena ‘scam’ RM66,805

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang suri rumah kerugian RM66,805 yang merupakan wang simpanannya dan ahli keluarga akibat diperdaya skim pekerjaan sambilan yang tidak wujud.

Wanita berusia 37 tahun yang menyedari tertipu tersebut telah membuat laporan berhubung kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 11 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, suri rumah tersebut telah dihubungi individu mendakwa kononnya wakil sebuah platform jualan atas talian pada pukul 12.30 tengah hari, 30 November lalu.
“Mangsa yang ketika itu berada di rumahnya di Chabang Tiga di sini diberitahu kononnya mahu dihadiahi thumbler (botol air kaca).

“Sebaik menerima ‘hadiah’ tersebut pada 5 Disember lalu, nombor telefonnya terus dimasukkan ke dalam aplikasi kumpulan Telegram,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azli berkata, wanita tersebut kemudiannya telah diberikan tugasan membuat ulasan tentang barangan diberikan.

Beliau berkata, suri rumah berkenaan dijanjikan komisyen lumayan setiap kali membuat ulasan produk namun perlu membuat pembayaran sebagai syarat mendapatkan tugasan.

“Mangsa yang tidak curiga menuruti arahan suspek. Dia telah melakukan enam transaksi pembayaran bagi memperolehi tugasan berkenaan antara 12.03 tengah hari,Isnin lalu hingga 11.38 pagi, Rabu lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN