fbpx
Gambar yang dikongsikan Noor Helmy di media sosial ketika menziarahi pusara Allahyarham Bung Moktar, semalam.

‘Tok Bung, saya tak boleh nak senyum…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Tok Bung, hari ni bergambar saya tak boleh nak senyum. Sebut ‘cheese’ pun tak jadi manis muka, berkerut-kerut ja rasa”.

Demikian luahan Komen Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem selepas menziarahi pusara Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, semalam.

Beliau berkata, dirinya akan sentiasa ingat kepada pesanan dan amanat Allahyarham, selain tidak akan lupa segala usaha yang pernah dilakukannya.

“Entahlah, yang tinggal hanya ingatan. Ingatan pada pesanan dan amanat. Walaupun Tok Bung telah tiada, saya tak akan malukan Tok Bung.

“Saya akan usaha yang terdaya dalam berbakti kepada rakyat jelata. Biarlah usaha Tok Bung ramai yang lupa, tapi bukan saya,” katanya di media sosial.

Terdahulu media melaporkan, Noor Helmy tidak dapat memberi tumpuan dalam Sidang Dewan kerana teringat akan Allahyarham.

Beliau turut mengimbas kembali kenangan bersama Allahyarham beberapa tahun lalu kerana menurutnya, Bung Moktar merupakan individu yang percaya kepada potensinya ketika kempen pilihanraya di Duyong pada tahun 2021.

Allahyarham Bung Moktar, 66, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan serta Pengerusi Barisan Nasional Sabah, disahkan meninggal dunia pada pukul 1.46 pagi Jumaat lalu selepas mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan serius pada paru-paru.

Selepas disolatkan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu selepas solat Jumaat, jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas dan selamat dikebumikan sekitar pukul 2.25 petang hari yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN