fbpx
Plakad Kad Emas Trump diletakkan di Pejabat Oval White House di Washington, DC, pada 19 September lalu. - AFP

Trump ‘jual’ visa segera harga lebih RM4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Donald Trump melancarkan skim visa segera Amerika Syarikat (AS) khusus kepada warga asing yang sanggup membayar sekurang-kurangnya AS$1 juta (RM4.1 juta), lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Dikenali sebagai Kad Emas, visa itu akan memberi pembeli laluan langsung kepada kewarganegaraan AS untuk pemilik yang berkelayakan dan telah disahkan. 

“Syarikat-syarikat Amerika yang hebat akhirnya dapat mengekalkan bakat mereka yang tidak ternilai,” kata Trump di laman sosial.

Kad Emas Trump  pertama kali diumumkan awal tahun ini. Ia diberikan kepada individu yang dapat menunjukkan bahawa mereka akan memberikan manfaat besar kepada AS.

Perniagaan yang menaja pekerja pula dikehendaki membayar AS$2 juta (RM8.2 juta) berserta yuran tambahan untuk visa setiap pekerja mereka. 

Versi kad platinum menawarkan potongan cukai khas juga akan tersedia tidak lama lagi dengan harga AS$5 juta (RM20.5 juta), kata laman web itu.

Individu juga dikehendaki membayar yuran pemprosesan AS$15,000 (RM62,000) yang tidak akan dikembalikan sebelum permohonan mereka disemak.

Kad Emas itu ditujukan khusus kepada golongan profesional peringkat tinggi, kata Trump sambil menekankan bahawa AS mahukan individu yang produktif.

“Orang yang boleh membayar AS$5 juta, mereka akan mewujudkan pekerjaan. Kad Platinum  akan laris dijual. Ia satu tawaran hebat,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN